facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

“Reputasi saya tercalar, saya kecewa dengan Datuk Vida” – Roslan Shah



Pengacara Roslan Shah melahirkan rasa kecewa apabila pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir pada majlis yang bakal berlangsung di Singapura akhir bulan ini.



Roslan, 47, berkata, perkara berkenaan telah menjejaskan reputasi dan nama baiknya kepada pihak penganjur yang mahu Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida hadir memberi ceramah.

“Saya terkilan kerana iklan dan poster yang menguar-uarkan tentang kehadiran Datuk Vida pada majlis itu sudah pun dinaikkan.

“Malah, saya sudah pun mengatur sesi promosi dan temuramah dengan sebuah radio di sana pada 29 April ini. Apa yang saya kecewa dia tidak menjawab mesej dan telefon saya untuk menjelaskan situasi berkenaan untuk saya terangkan kepada penganjur,” ujarnya kepada mStar Online.

Roslan berkata, jutawan kosmatik tersebut sudah mengesahkan kehadirannya untuk menyertai The Grand Wedding Expo di Singapura yang berlangsung pada 28 hingga 1 Mei depan.

Biarpun, tiada perjanjian bertulis dengan Vida, namun sebagai kawan lama, kata Roslan dia menganggap tindakan itu sebagai tidak profesional.

“Kami tiada perjanjian hitam dan putih tapi saya ada mesej-mesej dia sebagai bukti yang dia sudah berjanji untuk datang. Saya tiada niat memburukkan dia tapi sebagai kawan lama yang mengenalinya sejak lebih lapan tahun, saya rasa sungguh sedih.

“Pihak penganjur pastinya memberi tanggapan buruk kepada saya selepas ini,” ujarnya.



Sumber asal: Mstar
loading...

0 Response to "“Reputasi saya tercalar, saya kecewa dengan Datuk Vida” – Roslan Shah"

Post a Comment

loading...