facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Bagi Minum Kat Pakistan Karpet. Apa Jadi Seterusnya Amat MENGEJUTKAN !!!

Bagi Minum Kat Pakistan Karpet. Apa Jadi Seterusnya Amat MENGEJUTKAN !!! | Seperti diceritakan oleh FB Aj Alhadi (LINK). Tadi ada pakistan karpet bg salam. Abam pun sapa dia dan menolak dgn baik. Tgok dari raut dia tu berpeluh2 dan nampak letih. Tetiba dia mintak nak minum. Abam pun bagi la sebotol air sejuk. Masa dia minum tu abam perati je.



Nampak sgt dahaga dan penat yg amat sgt. MasyaAllah sebak gak hati abam ni. Dah habis sebotol dia teguk abam tanya dia nak lagi tak? Dia angguk malu2 dgn mata kesian. Abam pun tapau lagi sebotol buat bekal dia. Brterima kasih sungguh dia kat abam. Kemudian abam tanya dah makan ka? Dia kata takpa2 saya tak lapar.


Tapi tgok pada air muka tu mmg nampak tengah kelaparan. 2 3 kali dia menolak abam ajak makan. So abam pun kata saya bungkus mau ka? Dia angguk perlahan2. Lapaq la tu. Kebetulan abam baru masak gulai ayam jadi abam tapau bnyak2 buat bekal dia. Keluar air mata dia baq ang. Abam tanya u tinggal mana? Dia kata permatang pauh . Dari permatang pauh kayuh ke kepala batas bwak karpet kat belakang bukan keja senang bro. Ada kot 20 kilo lebih ikut jalan belakang. Asal sahabat ni dari Pakistan. Lepas abam bg bekalan dia pun kayuh perlahan2 hilang dari pandangan.

Jadi sahabat2 sekalian, kalau jumpa mereka2 ni bwak2 la tanya dah makan ke belum. Bukan org lain tu. Saudara kita jugak. Datang dari jauh tinggalkan anak bini dan keluarga utk berpeluh di negara kita di masa anak bangsa kita masih ramai hanyut di kaki lima shopping complex dan kedai judi.

Ada yg kaya lebih dari kita tapi dah itu rezeki mereka. Ada yg datang sebatang kara tanpa harta mengharapkan rezeki halal di negara org. Bantulah mana yg patut dan jgn cepat buruk sangka kerana kita tidak berpijak dlm kasut mereka. Moga sahabat ni dimurahkan rezeki… Moga Allah pandang kita dgn penuh keredhaan hasil dari secebis kasih sayang dari dalam diri kita. Selamat jalan sahabat. Elok2 kayuh. Maaf la lupa nak tanya nama..

KREDIT: FB Aj Alhadi (LINK)
loading...

0 Response to "Bagi Minum Kat Pakistan Karpet. Apa Jadi Seterusnya Amat MENGEJUTKAN !!!"

Post a Comment

loading...