facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Gadis Hidap Penyakit Ganjil Ini Selalu Diejek Monyet, Tapi Siapa Sangka...


Sebenarnya, definisi “cantik” itu apa? Adakah seorang wanita akan menjadi cantik setelah di-makeup? Atau alisnya mesti simetri baru boleh disebut cantik?

Jika difikirkan, sebenarnya cantik itu bukan sahaja dinilai dari penampilan fizikal, tetapi juga dari cara memandang diri sendiri.

Marimar seorang gadis berasal dari Amerika Latin. Jika dilihat, wajah Marimar memang sedikit “tidak normal”, saiz rahang dan dagunya sangat besar.

Sejak lahir, Marimar sudah mengidap penyakit ganjil. Penyakit pada dagunya ini membuatnya tiada keyakinan diri, apatah lagi bila semua orang selalu mengejeknya “monyet”. Marimar sendiri sudah menjalani pembedahan berkali-kali, dulu dia tidak boleh makan dan bernafas dengan normal, tetapi kini keadaannya sudah jauh lebih baik.

Marimar akui sedar bahawa hidup dalam ketakutan bukanlah jalan kehidupan yang benar.

“Saya sering sekali bertemu dengan orang yang sama seperti saya, mereka berbeza dan sentiasa diasingkan. Sampai ketika ini, banyak sekali kenalan yang mengejek saya berwajah monyet. Tapi saya tahu, hidup adalah sebuah anugerah, wajah seperti ini malah boleh menjadi keunikan diri saya!”

Setelah bangkit dari masa kelam, Marimar mula mendalami minatnya pada seni make-up. Cita-citanya adalah menjadi guru yang boleh mengajar anak-anak penghidap penyakit yang jarang berlaku juga.

Marimar akui, setiap kali melihat cermin, dia akan meyakinkan diri bahawa dirinya cantik. Motivasi diri seperti ini terbukti membuat Marimar lebih berkeyakinan diri!

“Walaupun wajah berbeza daripada orang lain, tidak perlu risau. Yang penting adalah kamu menerima diri kamu sendiri, dan kamu tahu jelas apa tujuan hidupmu.”

Ketahui kisah lebih lengkap Marimar, tonton video ini:


Memang memberi inspirasi, kongsikan kisah motivasi ini kepada sahabat dan keluarga anda.

Sumber: Elitereaders
loading...

0 Response to "Gadis Hidap Penyakit Ganjil Ini Selalu Diejek Monyet, Tapi Siapa Sangka..."

Post a Comment

loading...