facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Gambar Seorang Penunggang Motosikal Gigih Bayar Tol Jadi Tular


Dua keping gambar yang menunjukkan seorang penunggang motosikal menggunakan lorong Touch & Go di sebuah plaza tol kini menjadi tular di media sosial.


Gambar lelaki berbaju merah yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 itu menjadi bualan hangat netizen kerana apa yang dilakukan oleh lelaki itu dianggap lucu dan tidak pernah dibuat orang.


Mana tidaknya, lelaki tersebut bukan sahaja tidak menggunakan lorong motosikal yang sudah disediakan secara percuma malah dengan gigihnya beratur bersama kenderaan lain semata-mata untuk membayar tol. 



Terdapat komen lucu menyatakan tindakan penunggang motosikal itu membayar tol adalah untuk membantu kerajaan menambahkan pendapat negara.


Bagaimanapun, segelintir netizen yang lain pula menyatakan kemungkinan besar lelaki itu adalah warga Bangladesh yang baru tiba di Malaysia atau mungkin juga lelaki itu hanya ingin menambah nilai kad Touch & Go.


Macam-macam hal, apa pun tindakan seperti ini adalah salah di sisi undang-undang jalan raya dan boleh dikenakan saman jika terserempak dengan pihak berkuasa. - CARI

loading...

0 Response to "Gambar Seorang Penunggang Motosikal Gigih Bayar Tol Jadi Tular"

Post a Comment

loading...