facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Memuji Keprihatinan Doktor Wanita Cina Ketika Kemalangan Rakan, Lelaki Ini Dituduh Mat Rempit Bersifat Perkauman


Media sosial dikejutkan dengan satu perkongsian daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Aizuddin, apabila dia memuat naik satu gambar yang menunjukkan rakannya mendapat pertolongan daripada seorang doktor perempuan berbangsa Cina ketika rakannya itu terbabit dengan kemalangan di lebuhraya Karak baru-baru ini.

Menurut Aizuddin, dia tidak berniat untuk menularkan apatah lagi mencari masalah dengan status bersama kapsyennya itu, niatnya hanya satu untuk memberitahu netizen bahawa di luar sana masih lagi ada doktor yang sangat prihatin dan tidak mengira bangsa untuk menghulurkan pertolongan.

Menurut Aizuddin lagi, tidak mengira personaliti, agama, bangsa dan jantina, seorang doktor berbangsa Cina perempuan sanggup membantun seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Setelah gambar berkenaan dimuat naik, beliau dikecam netizen kerana dituduh mat rempit , malah netizen beranggapan status beliau bersifat perkauman dan lain-lain lagi. Aizuddin juga menegaskan dia langsung tidak berniat seperti yang netizen katakan.


Oleh: Muhammad Aizuddin

Kejadian itu bermula apabila kami berkonvoi dari Hulu Langat menghala ke Lemang To'ki yang berada di Bentong, Pahang. Semasa dalam perjalanan, ketika sampai di satu selekoh menghala ke Genting Sempah iaitu sebelum Plaza Tol Bentong, kawan saya yang berada di hadapan saya terlibat dengan kemalangan akibat kerosakan rim belakang.

Dia mengalami kecederaan dan ketika kejadian itu terdapat sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan untuk memberikan bantuan. Pemandu kereta berkenaan adalah seorang wanita Cina yang datang kepada saya sambil memegang stetoskop serta memperkenalkan dirinya bahawa beliau adalah seorang doktor dan menawarkan diri untuk memberikan pertolongan memandangkan kawan saya mengalami kecederaan.

Doktor terbabit bertanyakan kepada saya adakah saya telah menelefon ambulan, saya menjawab sudah seterusnya saya meminta beliau lakukan apa yang sepatutnya terhadap kawan saya itu.  Dengan secara spontan beliau menjawab "you jangan risau, I akan tolong apa yang I mampu", dan terus dia menuju ke arah kawan saya sebelum meminta izin untuk membantu kawan saya tersebut serta meminta mengangkat kawan saya ke bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.


Doktor berkenaan dengan bersahaja telah menenangkan kawan saya itu serta meminta saya untuk mencari manisan. Dalam keadaan cemas itu, saya tidak pasti apakah tujuan doktor terbabit meminta saya mencari manisan, tetapi saya sedar mungkin untuk menolong kawan saya itu. Saya cuba bertanyakan kepada orang-orang yang berada di situ, tetapi hampa kerana tiada seorang pun yang mempunyai manisan. Saya terus mencari dan akhirnya berjaya menjumpai manisan.

Saya kembali ke tempat kejadian dan doktor itu memberikan rakan saya itu minum manisan, setelah itu dia menyiramkan air mineral berkenaan ke atas luka yang parah dan jelas menampakkan tulang itu.

Setelah semua selesai, saya bertanyakan kepadanya "Takpe ke lama-lama kat sini"?, dia menjawab, "Saya ok dan akan menunggu sehingga ambulan datang ambil kawan awak".

Tidak berapa lama selepas itu, kira-kira 15 minit kemudian ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sampai ke lokasi kemalangan, doktor berkenaan menerangkan sesuatu kepada anggota JPAM yang bertugas berkenaan kecederaan yang dialami kawan saya tersebut.

Saya sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor berkenaan kerana menolong kawan saya itu tanpa mengira bangsa dan agama. Beliau melakukannya tanggungjawabnya dengan penuh minat. Tanpa meminta sebarang balasan, doktor berkenaan dengan segera meneruskan perjalanannya. Terima kasih doktor.- Koleksi Viral
loading...

0 Response to "Memuji Keprihatinan Doktor Wanita Cina Ketika Kemalangan Rakan, Lelaki Ini Dituduh Mat Rempit Bersifat Perkauman"

Post a Comment

loading...