facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Pemandu Ford Fiesta langgar lari Nissan Almera ditahan


KUALA LUMPUR - Pemandu kereta Ford Fiesta yang melanggar kereta Nissan Almera sebelum melarikan diri di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh menghala Rawang, Ahad lalu, ditahan tengah hari tadi, lapor Berita Harian. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Kamaludin Mohamad, berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Rawang. 

Tindakan itu dibuat selepas polis datang ke rumah suspek pagi tadi dan menasihati keluarganya untuk memaklumkan kepada lelaki itu untuk menyerah diri di balai. 

"Kemalangan pada jam 6.55 pagi itu dipercayai berlaku apabila suspek melanggar bahagian belakang sebelah kanan Nissan Almera yang dipandu seorang jurujual yang datang dari arah Kepong menghala ke Rawang. 

"Kemalangan hanya membabitkan kerosakan pada kenderaan dan tidak membabitkan kecederaan serius," katanya. 


Suspek yang juga merupakan penjawat awam ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Polis juga turut mengambil sampel air kencing suspek untuk dianalisis. - The Reporter
loading...

0 Response to "Pemandu Ford Fiesta langgar lari Nissan Almera ditahan"

Post a Comment

loading...