facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

PENSYARAH MALAYSIA INI DAH TIGA KALI BERTURUT-TURUT DILANTIK JADI PROF PELAWAT DI RUSIA


Dr Hazmi berasal dari Kuala Lumpur dan dilahirkan pada 20 Julai 1982. Beliau mendapat pendidikan di peringkat Degree dan Masters di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Manakala mendapat PHD dalam bidang Undang-undang laut dari University of Wollongong, Australia. Sekarang beliau berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Kepakaran beliau adalah dalam bidang Undang-undang Laut, Undang-undang Alam Sekitar dan Biodiversiti serta Undang-undang Awam Antarabangsa. Disebabkan kepakarannya itu, beliau jadi satu-satunya pensyarah dari Asia yang dijemput ke persidangan pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Amerika Syarikat (AS) pada tahun lepas. Kos ke seminar tu jugak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan AS.
Dr Hazmi masa sampaikan ucapan kat Kolej Bowdoin Brunwsick di Maine, AS. Imej dari Universiti Sains Islam Malaysia.
Masa kat sana, beliau sampaikan ceramah berkaitan alam sekitar marin di laluan dagangan utama yang sibuk, seperti Selat Melaka yang jugak jadi laluan perkapalan artik merentasi Rusia, Kanada dan AS
“Ini adalah suatu pengiktirafan besar bukan sahaja untuk saya sendiri, tetapi juga untuk USIM sebagai pusat rujukan pengajian undang-undang laut antarabangsa dan juga untuk Malaysia, sebagai sebuah negara yang sudah mengorak langkah dalam bidang ini.
Ini membuktikan pakar-pakar tempatan sudah diiktiraf dan diakui di peringkat antarabangsa oleh negara-negara maritim utama seperti Rusia, Amerika Syarikat dan Jepun.” – Dr Mohd Hazmi Rusli, dipetik dari Universiti Sains Islam Malaysia.
Antara panel yang dijemput ke seminar itu. Imej dari Dr Hazmi Rusli & Astro Awani.
Menurut beliau lagi, AS jugak sangat kagum dengan Malaysia yang dapat kawal aktiviti perkapalan yang melibatkan laluan lebih 80,000 kapal perdagangan, sedangkan kat Artik hanya libatkan seribu kapal perdagangan je. Disebabkan perkara ni jugak, AS ada rancang nak bagi peruntukan kepada Malaysia untuk lakukan lagi banyak kajian melibatkan laluan dagangan yang sibuk.
Dr Hazmi adalah pensyarah Malaysia yang diundang menjadi professor pelawat kat Fakulti Undang-undang, Far Eastern Federal University (FEFU),Vladivostok, Russia. Menurut FEFU, selama ni professor pelawat yang datang ke fakulti tu adalah dari Korea Selatan, Jepun, Mexico dan Amerika Syarikat. Jadinya, dengan pelantikan Dr Hazmi, menjadikan beliau sebagai orang Asia Tenggara pertama yang dilantik sebagai professor pelawat kat fakulti tu.
Populasi Kota Vladivostok adalah sekitar 600,000 orang. Imej dari Dr Hazmi Rusli.
Sebenarnya dah tiga kali beliau dilantik jadi Professor Pelawat kat sana, pertamanya pada tahun 2014, kedua pada 2015 dan ketiga pada tahun ini (jangan main-main!). Untuk maklumat korang, sebenarnya Fakulti Undang-undang FEFU adalah yang ketiga terbaik kat seluruh Rusia, manakala kampus FEFU pulak adalah kampus universiti termoden dan terbesar kat negara tersebut. Kampus ini jugak digunakan masa Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun 2012.
“Undangan tiga kali berturut-turut ini menunjukkan keyakinan FEFU terhadap kebolehan ahli akademik Malaysia untuk sama-sama menaikkan nama FEFU di mata dunia.” – Dr Hazmi Rusli, katanya kepada SOSCILI.
Untuk tahun ni, Dr Hazmi ada kat FEFU selama sembilan hari iaitu dari 15 Mac 2017 sampai 24 Mac 2017. Segala kos pergi balik dan penginapan masa kat sana jugak ditanggung sepenuhnya oleh pihak universiti. Seperti biasa, Dr Hazmi sampaikan syarahan berkaitan undang-undang antarabangsa, terutamanya tentang hak pelayaran dan navigasi Selat khususnya kat Selat Melaka.
“Sesi syarahan ini dihadiri oleh pelajar-pelajar dan juga professor-profesor dari FEFU sendiri. Memandangkan bahasa medium di FEFU adalah bahasa Rusia, hanya pelajar-pelajar yang mahir berbahasa Inggeris sahaja yang menyertai syarahan-syarahan ini.” – Dr Hazmi Rusli, katanya kepada SOSCILI.
D

Menurut Dr Hazmi, walaupun kebanyakan pelajar kat sana tak fasih berbahasa Inggeris, tapi diorang tetap jugak cuba tanya macam-macam soalan, dari isu undang-undang laut antarabangsa sampailah kes Kim Jong Nam yang mati dibunuh kat Malaysia.

 Antara syarahan yang Dr Hazmi sampaikan adalah:

  1. The History of the Legal Status of Straits under the Law of the Sea Convention
    1982;
  2. The South China Sea Arbitration 2016: How Does it Affect Southeast Asia?
  3. Human Trafficking in Southeast Asia: An Unending Dillema?
“Mereka sekarang sedang membuka Laluan Artik Rusia, yang juga merupakan laluan perkapalan yang penting seperti Selat Melaka…jadi mereka ingin saya berkongsi pengetahuan mengenai undang-undang pelayaran di Selat Melaka untuk mereka bandingkan denga Laluan Artik mereka.” – Dr Hazmi Rusli, 
Kredit: SOSCILI.MY







loading...

0 Response to "PENSYARAH MALAYSIA INI DAH TIGA KALI BERTURUT-TURUT DILANTIK JADI PROF PELAWAT DI RUSIA"

Post a Comment

loading...