facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Perogol Kahwini Mangsa Rogol


KUCHING - Seorang remaja lelaki berusia 22 tahun terlepas hukuman penjara dan sebatan selepas mengahwini mangsa rogolnya. 

Ahmad Syukri Yusuf, didakwa merogol gadis remaja bawah umur 14 tahun pada tahun lalu, berdepan dengan hukuman 30 tahun penjara dan sebatan jika disabitkan bersalah. 

Bagaimanapun Ahmad Syukri terlepas dari hukuman berkenaan setelah mengahwini remaja itu di bawah undang-undang Islam, menurut pendakwa raya Ahmad Fariz Abdul Hamid. 

Menurut pendakwa raya berkata di mahkamah Kuching, undang-undang di Sarawak menetapkan kes tidak perlu diteruskan selepas Ahmad Syukri mengemukakan sijil perkahwinan dan gadis berkenaan menarik balik dakwaan tersebut. 

Bagaimanapun keputusan yang disampaikan minggu lalu berkenaan menimbulkan rasa berang kumpulan hak-hak wanita. 
"Sudah menjadi hal biasa perogol mengahwini mangsa mereka terutamanya apabila melibatkan kes bawah umur, untuk melindungi jenayah mereka," kata jurucakap Pertubuhan Pertolongan Wanita, Tan Heang Lee. 

Menurut Tan, mereka menolak langkah itu kerana mangsa mungkin akan terdedah kepada penderaan seksual untuk seumur hayat mereka. 

"Perkahwinannya (mangsa) secara asanya hanya mengalakkan kepada aktiviti rogol," katanya. 

Di bawah undang-undang, umur sah untuk untuk berkahwin yang ditetapkan adalah 18 tahun. Bagaimanapun, di bawah undang-undang Islam, wanita berusia 16 tahun boleh memohon kebenaran berkahwin daripada Mahkamah Syariah. 

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya akan membuat intervensi sebelum kelulusan diberikan kepada mana-mana individu yang didakwa atas kesalahan merogol daripada mengahwini mangsa bawah umur. 

"Perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan satu jenayah yang harus dikenakan hukuman jika sabit kesalahan. 

"Kementerian akan membuat intervensi supaya perkahwinan seperti itu tidak diteruskan," katanya. - PIXEL
loading...

0 Response to "Perogol Kahwini Mangsa Rogol"

Post a Comment

loading...