facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Rakaman Video Dua Lelaki Mencuri Pagar Besi Di Kawasan Perumahan Jadi Tular Kini DiBuru Polis


MIRI, SARAWAK - Polis kini sedang memburu dua lelaki yang dipercayai telah mencuri dan melarikan dua pagar besi dari sebuah rumah dengan menaiki sebuah motosikal di Jalan Tudan di Miri, petang kelmarin.

Melalui laporan Harian Metro hari ini, kejadian itu berlaku pada jam 5.30 petang apabila dua lelaki berkenaan telah dilihat orang awam menanggalkan pagar besi tersebut sebelum melarikannya dalam tempoh tidak sampai satu minit.

Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kegiatan dua suspek terbabit kini mula tular di media sosial dan telah dikongsi ribuan netizen yang bertindak mengecam dua lelaki berkenaan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, perbuatan suspek berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan itu dan melalui rakaman itu, pihak polis telah berjaya mengesan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan oleh kedua suspek terbabit.

Sehingga Setakat ini, kedua-dua suspek masih lagi diburu dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, jelasnya. 


loading...

0 Response to "Rakaman Video Dua Lelaki Mencuri Pagar Besi Di Kawasan Perumahan Jadi Tular Kini DiBuru Polis"

Post a Comment

loading...