facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

"Pengacara Sekarang Sampah! Ramai Buat Lawak Bodoh Jejaskan Kredibiliti Acara"- Azwan Ali

"Pengacara Sekarang Sampah! Ramai Buat Lawak Bodoh Jejaskan Kredibiliti Acara"- Azwan Ali  




Azwan Ali telah meluahkan rasa kecewa dengan pengacara yang sedang memonopoli rancangan hiburan tanah air ketika ini.

Jika dulu, nama Azwan Ali dan juga Aznil Hj Nawawi sering menjadi nama besar sebagai pengacara paling hebat di Malaysia dan cara mereka menajdi pengacara memang profesional.

Kini kebanyakkan pengacara hanya membuat lawak sahaja dan ada yang merapu sehingga menjejaskan rancangan terbabit.

Azwan Ali mengakui perkara ini dan menggelarkan pengacar-pengacara berkenaan sebagai sampah.

Jom baca: (Sumber: Pepatung)

“Kebanyakan pengacara sekarang sampah! Biarkan mereka belajar daripada carutan terpaksa ini,”

“Saya perhatikan lambakan bintang yang mengecap populariti mendadak hanya kerana bergelar pengacara. Suka untuk saya mengingatkan bahawa tugas pengacara penuh dengan adab sopan.

“Sejak lima tahun kebelakangan ini, produk yang ditampilkan sebagai pengemudi acara amat mendukacitakan. Bukan saya sahaja yang mengkritik, malah ia turut diakui masyarakat.

“Kebanyakan siaran langsung atau program yang kononnya berprestij cenderung mengutip semua bintang yang tidak memiliki kepakaran untuk menjadi pengacara. Mereka diangkat bersandarkan populariti dan faktor rupa semata-mata.

“Tambah kritikal apabila mereka tidak disediakan skrip. Mereka diberi kebebasan untuk berjenaka dan merapu sehingga menjejaskan kredibiliti sesebuah rancangan atau acara,”

“Bukan saya benci kepada bakat-bakat baharu. Malah hendak menyalahkan mereka pun barangkali tidak adil. Sebaliknya stesen TV dan pihak produksi perlu peka dan sensitif terhadap penetapan seseorang pengacara.

“Begitu juga dengan bintang-bintang komedi yang mendominasi pelbagai rancangan selaku pengacara. Memang mereka lucu dan menyelitkan jenaka dalam penyampaian, tetapi perlu berpada-pada. Ramai yang membuat lawak bodoh ketika siaran langsung sekali gus meranapkan prestij yang sepatutnya dipersembahkan.

“Impaknya menjejaskan banyak pihak. Anda sendiri dapat melihat kesannya kini. Bayangkan seorang ketua pegawai eksekutif stesen TV terpaksa terbang jauh demi untuk menyatakan permohonan maaf secara terbuka disebabkan kesilapan seorang pengacara.

“Tuhan beri petunjuk dengan satu insiden. Perlukah ia berulang dengan stesen TV lain baru kita hendak sedar?”


Memang ada benarnya komen Azwan Ali ini. Itu memang sedang berlaku ketika ini.

Ramai juga yang bersetuju dengan kenyataan panas dari Azwan Ali ini.
loading...

0 Response to ""Pengacara Sekarang Sampah! Ramai Buat Lawak Bodoh Jejaskan Kredibiliti Acara"- Azwan Ali "

Post a Comment

loading...