facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Tular Ibu Tunggal 6 Anak Diusir Dari Rumah Sewa Apabila Pemilik Rumah Tidak Tahan Kritikan Netizen Di Media Sosial


MELAKA - Kisah sedih mengenai seorang ibu tunggal yang mempunyai enam anak dan berkerja sebagai seorang pemotong ayam yang dikatakan hidup dalam kemiskinan jadi tular dan menarik perhatian netizen yang rata-rata bersimpati akan nasib wanita berkenaan.

Hasil perkongsian seorang wanita menerusi laman sosial Facebook Mahfuza Masri yang bertanggungjawab memuat naik kisah wanita itu, Mazwin Jasmi, yang berusia 37 tahun yang mendiami rumah sewa di Kampung Telok Belanga, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka.






Difahamkan, Mazwin pernah menyewa sebuah rumah di kawasan Ayer Molek, Masjid Tanah sebelum ini, namun terpaksa berpindah ke rumah papan di sini kerana mempunyai masalah kewangan yang menyebabkan beliau tidak dapat mendiami rumah berkenaan.

Rumah terkini yang didiaminya dikatakan tidak mempunyai kemudahan sepenuhnya seperti tidak mempunyai bilik tidur, tiada tangga di bahagian hadapan, selain dinding papan yang berlubang dan banyak lagi tetapi beliau tetap bersyukur kerana masih lagi mempunyai tempat berlindung berbanding orang lain yang mungkin lebih susah darinya.

Dengan berpendapatan sebanyak RM30 sehari dengan pekerjaan memotong ayam di kedai penjual ayam, Mazwin dikatakan tidak mampu untuk menyewa rumah tempatnya berteduh yang lebih selesa untuk anak-anaknya yang semakin membesar dari 8 bulan sehinggalah 14 tahun.

"Kadang-kadang setelah habis bekerja di kedai ayam, apabila waktu petang saya akan mengambil upah bekerja kebun di ladang kelapa sawit untuk menampung keluarga namun bergantung kepada kerja, kadang-kadang dapatlah RM25 sehari.”, jelas Mazwin.






Saya cuma berharap dapat rumah yang lebih selesa untuk anak-anak dan bersyukur ramai yang datang ke rumah menyampaikan sumbangan selepas kisah saya disiar dalam FB.”, katanya.

Walaupun kisah Mazwin telah mendapat perhatian dari kalangan netizen serta menyokong tindakan satu kumpulan orang ramai yang datang memberikan bantuan ikhlas kepada Mazwin tetapi masih ada segelintir orang yang tidak menyenangi kisah Mazwin ditularkan di media sosial, malah ada yang turut memarahinya, kata sumber.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro, pemilik rumah sewa Mazwin dikatakan telah meminta Mazwin dan anak-anaknya berpindah dari situ ekoran kisah mereka ditularkan di media sosial.

Wanita yang dikenali sebagai Milah, 57 tahun itu berkata, dalam dua tiga empat hari ini awak carilah rumah lain, sebab apa, sebab busuk nama kampung saya, busuk nama saya, adik beradik pun jadi marah.”

Milah memberitahu Mazwin ketika wartawan dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka berada di situ ketika mereka membuat kunjungan ke rumah Mazwin.

Difahamkan, sebenarnya Milah bukannya memarahi Mazwin akan rezeki yang diterimanya tetapi kerana netizen yang menularkan keadaan rumah berkenaan di laman sosial disamping tidak tahan dengan kritikan masyarakat setempat yang dituduh terhadap dirinya serta keluarga yang dikatakan tergamak memberi sewa rumah berkenaan kepada ibu tunggal iaitu Mazwin.


Tidak beberapa lama selepas itu, Milah telah ditenangkan oleh wartawan serta pegawai JKM, akhirnya beliau telah bersetuju dengan memberikan tempoh kepada Mazwin agar mengosongkan rumah berkenaan sehingga akhir bulan ini.

Bagi Mazwin pula, dia langsung tidak menyangka akan kisah hidupnya menjadi tular di media sosial serta merasa amat malu kerana telah dimarahi pemilik rumah yang telah salah sangka bahawa Mazwin sengaja menjadikan rumah yang uzur itu untuk meminta simpati orang ramai bagi mendapatkan bantuan, katanya.

Walau bagaimanapun, inilah yang dinamakan rezeki dan Mazwin amat berterima kasih kepada orang ramai dan juga netizen yang turut memberikan sokongan serta bantuan terhadapnya dan juga anak-anak. Dia bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan pada semua rakyat Malaysia. - Koleksi Viral
loading...

0 Response to "Tular Ibu Tunggal 6 Anak Diusir Dari Rumah Sewa Apabila Pemilik Rumah Tidak Tahan Kritikan Netizen Di Media Sosial"

Post a Comment

loading...