PUTRAJAYA 2 Jun- Kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan sebanyak
RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari
Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataannya berkata, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan bayaran sebanyak RM250.
“Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 9 Jun. Bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.
“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban
kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan bagi persiapan menyambut Hari
Raya Aidilfitri,” kata kementerian itu dalam kenyataannya di sini hari ini- UTUSAN ONLINE
loading...

0 Response to "Bantuan khas kewangan RM500 untuk penjawat awam"
Post a Comment