facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Gara-Gara Curi Kelapa, 2 Lelaki Diikat Pada Pohon Kelapa

SITIAWAN, 3 Jun - Dua lelaki menerima 'habuan' dari penduduk kampung apabila mereka tertangkap cuba mencuri kelapa.

Menurut Bernama, orang kampung bertindak menangkap dan mengikat mereka di sebatang pokok kelapa sebelum diserahkan kepada anggota polis di kawasan Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah, Kampung Tersusun Batu 7 Lekir, disini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, beberapa orang kampung berjaya mencekup kedua-dua individu itu yang tidak menyedari pergerakan mereka memanjat pokok kelapa setinggi lima meter diperhatikan seorang pemilik kedai runcit berhampiran sekolah berkenaan.

Menurut Bekas Ketua Kampung, Mohd. Yaacob Hashim, 65, beliau bersama 10 penduduk kampung lain bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat.

Setibanya di tempat kejadian, mereka mendapati seorang daripada suspek sudah berada di dalam kereta Proton Wira manakala seorang lagi mahu ke kedai berhampiran.

"Di dalam kereta itu terdapat beberapa tandan buah kelapa dan saya tidak pasti buah itu diambil di kampung ini sendiri atau tempat lain.

"Mereka mengaku mengambil kelapa itu dan sebaik kami terus menangkap dan mengikat kedua-duanya pada pokok kelapa menggunakan tali yang mereka guna untuk menurunkan kelapa dari pokok," katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Sumber: Bernama
loading...

0 Response to "Gara-Gara Curi Kelapa, 2 Lelaki Diikat Pada Pohon Kelapa"

Post a Comment

loading...