facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

"Keluar Je Lah... Macam La Banyak Sangat Tempat Pelancongan Menarik Kat Negeri Tu"


Tindakan Kerajaan Negeri Sarawak mengeluarkan wakil daripada Lembaga Pelancongan Malaysia sememangnya mengejutkan ramai pihak.

Walaupun keputusan itu dibuat dibuat atas alasan pertindihan fungsi Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak dan Tourism Malaysia, namun ramai melihat ianya berpunca daripada pertelingkahan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Pusat, Datuk Seri Nazri Aziz dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamza.

Tinjaun di Media Sosial menunjukan rata-ratanya Netizen terutamanya rakyat Sarawak menyokong keputusan kerajaan negeri Sarawak itu. Namun, isu ini berlarutan di kalangan netizen apabila ada yang cuba menyimbah minyak dengan membuat provokasi melalui ruangan komen.

Seorang pengguna Facebook menaikkan kemarahan rakyat Sarawak apabila mengeluarkan komen-komen berbentuk provokasi dengan memperlekehkan tempat-tempat pelancongan di Bumi Kenyalang itu.

"Keluar je la.... macam la byk sgt tempat pelancongan menarik kat negeri tu... selama ni duk harap tourism malaysia je duk pomote negeri yang yg takda apa tu" - Tulisnya yang mengundang 270 komen balas dari netizen.





Namun, provokasi seperti in hanya dibuat oleh segelintir pihak dan tidak mewakili mana-mana negeri kerana masih ramai rakyat di negeri lain tidak bersetuju dengan komen menteri tersebut dan menyokong tindakan Kerajaan Negeri Sarawak. - The Alternatif



Sumber: thealternatif.com

loading...

0 Response to ""Keluar Je Lah... Macam La Banyak Sangat Tempat Pelancongan Menarik Kat Negeri Tu""

Post a Comment

loading...