Viral satu perkongsian oleh salah seorang pelanggan Medan Selera Mydin Bukit Jambul, Pulau Pinang yang mendakwa melihat dua orang lelaki berbadan besar ditugaskan menghalau orang ramai termasuk warga emas yang membawa makanan luar ke dalam premis tersebut ketika waktu berbuka.
Dakwanya, dia melihat sekumpulan orang sedang menadah tangan membaca doa dan ingin menjamah makanan yang dibawa, diberi amaran untuk meninggalkan kawasan tersebut oleh seorang lelaki berbadan sasa.
Dakwanya lagi, dia turut menyaksikan juga beberapa orang warga emas yang diusir oleh lelaki terbabit. Namun apa yang paling menyentuh hati dan mengganggu adalah satu kejadian di mana seorang pakcik tua berusia dalam lingkungan 60-an sedang menjamah juadah berbuka yang dibawa bersama ketika ditegur oleh lelaki berbadan besar tersebut. 
Lelaki tersebut meminta pakcik itu beredar tetapi dia kelihatan menentang kerana sedang makan dan memberi tahu bahawa dia hanya ingin duduk sebentar. Kemudian, datang seorang lagi rakan lelaki tersebut yang juga berbadan besar turut ikut campur menyebabkan pakcik itu segera membungkus kembali makanan yang baru dijamahnya lalu meninggalkan tempat itu bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang.
Kejadian ini disaksikan sendiri olehnya semlam ketika dia bersama keluarga sedang mencari tempat untuk berbuka puasa dan mengambil keputusan turun ke Medan Selera Mydin Bukit Jambul sambil menunggu sebentar untuk membeli makanan memandangkan waktu berbuka hampir tiba. Dia mempersoalkan mengapakah mereka sanggup berbuat demikian di dalam bulan yang mulia ini.
"Cuba bayangkan jika pakcik yang diusir sebegitu rupa, adalah bapa atau saudara mara kita,"
"Mereka juga memerhatikan setiap meja pelanggan yang tiba di food court tersebut. Jika ada makanan luar yang dibawa oleh pelanggan, mereka akan usir."
"Siapa tak takut dengan muka bengis dan badan besar mereka tersebut? Allahuakbar." Katanya.
Dia meminta cerita ini dikongsikan agar pelanggan yang ingin berbuka dan membawa makanan daripada luar tidak pergi ke 'food court' tersebut kerana dia bimbang orang lain mungkin dimalukan di khalayak ramai.
Dia juga mempersoalkan mengapa pihak pengurusan Medan Selera Mydin tidak meletakkan papan tanda besar yang menyatakan bahawa makanan luar tidak dibenarkan masuk atau menegur dengan lebih sopan.
Sumber : Edisi Rakyat
loading...
0 Response to "Medan Selera Mydin Bukit Jambul Halau Orang Berbuka Puasa Ketika Sudah Masuk Waktu"
Post a Comment