KUANTAN, PAHANG - Viral di media sosial seorang wanita bernama Hanisah memuat naik di group Facebook meluahkan rasa kurang senangnya dengan kehadiran seorang wanita yang didakwanya mencemari suasana bazaar ramadhan berhampiran masjid di Kuantan.
"Ini suasana di Bazaar Ramadhan yang berhampiran masjid. Malu rasanya sebagai warga Kuantan. Bia kn hal ni, macam kita semua tak puasa pula. Dahlah Melayu," demikian tulis Hanisah.
Ekoran itu, gambar wanita berkenaan viral di media sosial dan dikritik hebat oleh netizen yang tidak menyiasat terlebih dahulu siapa wanita berkenaan.
Tidak dapat dipastikan apakah niat Hanisah sama ada mahu menegur atau sengaja mengaibkan wanita itu.
Menyedari gambar dirinya diviralkan di media sosial, wanita berkenaan tampil menafikan dakwaan Hanisah dan menegaskan akan mengambil tindakan terhadapnya.
"Nak cakap sikit kat Hanisah. Kalau nak viralkan saya, bukan di Facebook. (Sebelum) nak viralkan, pergi siasat dulu orang itu Islam atau kafir. Jangan acah-acah bagus sangat.
"Kau ingat yang pergi bazaar itu semua orang Islam? Orang kafir macam saya ini tak boleh pergi bazaar lah? Orang kafir macam saya ini kena pakai tudunglah pergi bazaar? Ke di Bazaar ada tulis hanya orang Islam sahaja yang dibenarkan ke bazaar?" tulis Bella Doll di group Facebook yang sama.
Tegas Bella, jika wanita itu mahu memberikan ceramah kepadanya, lebih baik berjumpa dan tegur kesalahannya secara berdepan. Bukannya mengaibkan dia di media sosial.
Difahamkan, Bella menganut agama buddha, bukannya Islam seperti yang didakwa Hanisah. Ekoran viral gambarnya di media sosial dan menerima pelbagai komen negatif dari netizen, Bella mahu memfailkan saman malu terhadap wanita terbabit yang telah menjejaskan maruahnya.
Sumber: Street Food Malaysia
Sumber: Street Food Malaysia
loading...
0 Response to "'Nak tegur depan-depan, bukan aibkan di Facebook' - mangsa mahu saman kaki viral"
Post a Comment