facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Netizen tak puas hati kena bayar cukai pelancongan


SHAH ALAM - Pelaksanaan cukai pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalaman mengundang pelbagai respons daripada netizen.

Ada antaranya yang berang dengan perkembangan itu menyenarai panjang cukai yang dikenakan kerajaan kepada rakyat selama ini.
Menurut mereka, cukai baharu ini akan menambah lagi beban sedia ada rakyat dalam menanggung cukai yang dikenakan kerajaan.

Seorang netizen, Badri Hasyim menyuarakan kekecewaannya yang terpaksa membayar cukai pelancongan jika ingin bercuti.
"Sudahlah dalam bil dah ada enam peratus cukai barang dan perkhidmatan, 10 peratus cukai perkhidmatan.

"Sekarang tambah lagi dengan cukai pelancongan. Kalau kita fikir balik, apa yang  diberikan secara percuma sekarang? Semuanya berbayar," katanya dipetik menerusi komen di laporan Sinar Harian, semalam.

Pelaksanaan cukai pelancongan akan tetap diteruskan mulai 1 Julai ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau sekali gus menolak laporan sebuah portal berita bahawa pelaksanaan cukai berkenaan mungkin ditangguhkan.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, pelaksanaan kutipan cukai akan mula dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar.

Seorang lagi pengguna Facebook, Azemi Mamat turut meluahkan rasa kesalnya terhadap pelaksanaan cukai tersebut.

Menurutnya, meskipun telah banyak cukai dikenakan, perkhidmatan kerajaan terhadap rakyat dakwanya masih ditahap kurang memuaskan.
"Semua benda nak dicukai, tapi jalan raya tetap berlubang-lubang hingga tiga bulan baru nak baiki.

"Lampu jalan tak juga menyala, hingga enam bulan pun belum tentu dibaiki. Perkhidmatan daripada kerajaan macam biasa saja," katanya.
Sumber: Sinar Harian.
loading...

0 Response to "Netizen tak puas hati kena bayar cukai pelancongan"

Post a Comment

loading...