facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Penduduk Aoshima Tanam Catnip Untuk Halau Nyamuk, Sebaliknya Ini Pula Terjadi

Aoshima, Jepun atau “Pulau Kucing”. Pulau yang terkenal di mata dunia kerana populasi kucing melebihi dari manusia. Penduduk Aoshima kurang daripada 20 orang tetapi populasi kucingnya pula melebihi 100 ekor!
Pada suatu hari, dalam usaha untuk menghalau nyamuk yang membiak di kawasan tersebut, penduduk tempatan telah menanam catnip di taman-taman dan kawasan rumah. Namun keesokan harinya, kesemua kucing di pulau itu khayal seolah-olah telah mengambil dadah.
 
Setelah dikaji, rupa-rupanya catnip ini adalah sejenis tumbuhan yang menyerupai seperti pudina. Catnip mengandungi sejenis kimia yang berfungsi sebagai bahan penarik kucing, nepetalakton. Catnip mampu mengeluarkan bau yang boleh merangsang sistem saraf kucing dan mengakibatkan kucing halusinasi.

Rupa kucing yang sedang high selepas hidu catnip

Sejurus itu, ia akan mula bergerak perlahan dan menjadi khayal, bergolek di atas tanah atau berlegar-legar sehinggakan ada kucing yang melelehkan air liur.Namun begitu, tumbuhan ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan kepada mereka!
Apabila bau dan kesan catnip pada kucing mula hilang, mereka akan kembali normal.
loading...

0 Response to "Penduduk Aoshima Tanam Catnip Untuk Halau Nyamuk, Sebaliknya Ini Pula Terjadi"

Post a Comment

loading...