facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Bekas gangster lawat Mufti Wilayah Persekutuan ceritakan pengalaman beliau mendapat hidayah Allah.


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menerima kunjungan Abdul Salam di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.Foto-Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dipetik daripada Sinar Online,

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hari ini 

menerima kunjungan daripada bekas gangster Australia di pejabatnya.

Berkongsi di laman Facebooknya, Zulkifli berkata, banyak perkongsian yang beliau dapat 

dalam pertemuan itu.

"Ahlan wa sahlan (selamat datang) kami ucapkan kepada Abdul Salam, 42, (Vince 

Focarelli), bekas gangster di Australia yang menziarahi kami di Pejabat Mufti Wilayah 

Persekutuan.

"Mendengar bagaimana beliau menerima hidayah untuk memeluk Islam, cukup 

menginsafkan kami mengenangkan kebesaran ALLAH SWT," katanya di Facebooknya.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata "benarlah bahawa hidayah itu milik ALLAH SWT semata-

mata,".

Vince Focarelli sebelum memeluk Islam, merupakan ketua kumpulan Comanchero pernah 

terlibat dengan beberapa jenayah berat termasuk pengeboman yang membunuh dua orang 

ahli kumpulan gangster Hells Angels.

Anak Vince, Giovanni terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak antara kumpulan 

gangster di Dry Creek pada 2012.


Anak Vince, Giovanni terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak antara kumpulan gangster di Dry Creek pada 2012.

loading...

0 Response to "Bekas gangster lawat Mufti Wilayah Persekutuan ceritakan pengalaman beliau mendapat hidayah Allah."

Post a Comment

loading...