facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

‘Janda enggan bayar tambang’


Rata-rata pemandu teksi dan kereta sewa Sabak Bernam mengakui tidak pernah alami kejadian samun, tetapi mendakwa sering ditipu penumpang tidak bertanggungjawab.

Dipetik daripada portal Sinar Online,

SABAK BERNAM - “Saya tak pernah kena samun, tapi antara peristiwa hitam yang saya

ingat sampai sekarang bila ditipu janda yang tak nak bayar tambang kereta sewa,” kata

seorang pemandu kereta sewa Sabak Bernam, Omar Ismail, 64.

Menurutnya, wanita dipercayai berusia lingkungan 40-an itu memberi alasan kononnya

anaknya terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke sebuah hospital di Ipoh, Perak.

“Dia (wanita) cakap dengan saya anaknya belajar di politeknik dan baru lepas kemalangan.

“Anaknya dihantar ke Hospital (Tengku Ampuan Jemaah) Sabak Bernam untuk rawatan

lanjut dan kemudiannya terpaksa dirujuk ke Ipoh sebab alami kecederaan serius,” katanya.

Omar berkata, sebaik sampai di hospital itu, wanita itu memintanya menunggu di ruang 

parkir kenderaan dan berjanji ingin kembali semula ke kereta sewanya.

“Saya tunggu lebih tiga jam, tapi dia masih tak sampai ke kereta. Puas saya pusing satu 

bangunan hospital, namun kelibatnya saya tak jumpa,” katanya.


                            Kanippan mendakwa setakat ini tiada kes melibatkan pemandu teksi disamun

Dia berkata, dia bukan saja kerugian yang dianggarkan kira-kira RM300, malah terpaksa 

berkorban masa dan tenaga semata-mata ingin menghantar penumpang berkenaan.

“Saya pernah juga cari dia di sekitar Sungai Besar, tapi sampai hari ni, tak jumpa pun dia,” 

katanya.

Pengalaman sama turut dikongsi rakannya, Sahbudin Yusof, 51, yang mendakwa hampir 

lima kali ditipu penumpang tidak bertanggungjawab.

Katanya, dia pernah ditipu seorang rakyat tempatan yang ingin ke Gua Musang, Kelantan, 

namun setelah sampai ke tempat yang diingini lelaki itu bertindak melarikan diri.

“Saya anggap, mungkin tak ada rezeki saya masa itu. Biasanya, kalau dari Sabak Bernam 

hantar ke Gua Musang, saya anggarkan maksimum bayaran penghantaran antara RM600 

hingga RM700,” katanya.

Katanya, dia kini lebih berhati-hati dan setiap kali perjalanan melibatkan jarak yang jauh dia 

terpaksa meminta wang deposit daripada penumpang.

“Kalau selalu sangat ditipu siapa sanggup, kami ni pun pendapatan tak menentu,” katanya 

yang menjadi pemandu kereta sewa sejak lebih 20 tahun lalu.

Abdul Ghani Miswan, 64, berkata, pengalaman ditipu sering kali menghantuinya terutama 

melibatkan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di Sabak Bernam.

Sahbudin mendakwa hampir lima kali ditipu penumpang yang mendapatkan khidmat kereta sewanya.

“Biasanya mereka akan hubungi saya minta datang ambil di asrama. Tapi, sebaik saya 

sampai, saya cuba hubungi mereka semula, namun panggilan tak berangkat.

“Banyak kali juga, saya pulang tanpa penumpang. Kadang-kadang memang serik nak ambil 

penumpang jenis kaki kelentong, tapi bila fikir nak tolong orang, perasaan itu saya tolak 
tepi,” katanya.

Bagi Sumardi Suraji, 62, pula berkata, pengalaman ditipu penumpang termasuk meminta 

pengurangan kadar bayaran biasa berlaku dalam kalangan pemandu kereta sewa dan teksi 

di kawasan itu.

“Saya pernah bawa penumpang warga asing sampai ke Sekinchan, tapi bila sampai tempat 

dituju, dia beri alasan, duit tak ada dan mohon maaf,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, di sebalik penumpang yang suka mengambil kesempatan 

terhadap pemandu, namun ada di antara mereka bersikap prihatin dan ikhlas.

“Pernah juga beberapa kali penumpang beri saya duit tambahan. Kadang-kadang, mereka 

hanya perlu bayar RM15 saja, tapi dilebihkan RM20 dan sebagainya,” katanya.


loading...

0 Response to "‘Janda enggan bayar tambang’"

Post a Comment

loading...