Walaupun kita masih di bulan Ramadan tetapi banyak pula kes terjadi yang menggambarkan sikap panas baran tak tentu pasal. Terbaru, sebuah video dimana dua lelaki berumur membelasah seorang lelaki yang lebih muda menjadi bualan netizen.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 6 Jun yang lalu di sebuah pasaraya di Penampang, Sabah. Difahamkan, lelaki muda tersebut dilihat memberitahu dua lelaki berumur tersebut supaya mengalihkan kereta kerana telah menghalang lalu lintas di satu bazar ramadan.
Pada mulanya ianya kelihatan seperti lelaki berumur itu akur tetapi secara tiba-tiba lelaki yang memakai baju warna putih itu kembali semula untuk 'mengajar' lelaki muda tersebut.
Lelaki tersebut kelihatan menyerang pekerja pasaraya yang berbaju oren dan mula bertindak menumbuk pekerja tersebut. Salah seorang lelaki berumur yang memakai baju T warna hijau cuba untuk menghalang lelaki muda itu dan mereka masing-masing membalas tumbukan.
Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan apabila orang ramai dan seorang anggota polis datang ke tempat kejadian. Difahamkan, dua lelaki berumur tadi sedang dicari oleh pihak polis.
Dalam bulan ramadan ini, nampaknya seakan ramai orang yang mudah panas baran. Entah kenapa pula ye? -
loading...
0 Response to "Lagi Bergaduh Kerana Tempat Letak Kereta, Dua Lelaki Belasah Pekerja Pasaraya"
Post a Comment