facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Penjual Pisang Umur 94 Tahun Dirompak RM350, Apa Yang Netizen Ini Lakukan Buat Semua Orang Terharu


Sejak dari kecil kita diajar untuk menghormati mereka yang lebih tua dari kita. Selain itu, kita juga sering kali diingatkan oleh ibu bapa supaya jangan melakukan perbuatan jenayah namun bagi mereka yang merompak penjual pisang berumur 94 tahun mungkin tidak mempunyai sifat kemanusiaan. 

Pada Selasa lalu, Suratman telah dirompak sejumlah RM350 ketika sedang mengayuh basikal. Pada pagi yang malang tu, lelaki warga emas itu telah memilih satu tempat di tepi jalan untuk memulakan perniagaannya pada hari itu. Kejadian tersebut berlaku di Jambi, Indonesia. 

Ketika itu muncul perompak yang pada mulanya seperti ingin mahu membeli pisang yang dijual oleh Suratman. Perompak itu menyuruh Suratman supaya masuk ke dalam kereta supaya orang ramai tidak melihatnya membeli pisang kerana beliau sedang berpuasa. 


Sejurus beliau memasuki kereta, perompak itu telah memaksa Suratman menyerahkan wang yang dibawa beliau iaitu kira-kira RM350. Sebuah video yang menceritakan kisah Suratman mula menjadi viral dan bualan netizen Indonesia. Lelaki itu meluahkan bahawa dia cuba menyimpan wang untuk membeli kerusi sempena hari raya yang bakal tiba. 

Luahan hati itu mendapat simpati seorang netizen, Tommy Reza Chokolatoz yang meminta pertolongan netizen supaya Suratman menyambut hari raya dengan senyuman. Dalam masa sehari, Tommy berjaya mengumpul hampir RM12,000 hasil derma orang ramai untuk penjual pisang itu. 


Kisah itu turut mendapat perhatian gabenor daerah Jambi, Zumi Zola yang turut menyumbang hampir RM1,500 dan membeli hasil pisang warga emas itu yang bernilai RM160. Bagi perompak yang merompak lelaki warga emas ini sudah pasti ada balasan yang bakal diterima kelak. 

Ini baru kisah tauladan yang boleh kita ambil sebagai iktibar di bulan ramadan yang mulia ini. -
loading...

0 Response to "Penjual Pisang Umur 94 Tahun Dirompak RM350, Apa Yang Netizen Ini Lakukan Buat Semua Orang Terharu"

Post a Comment

loading...