facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Dua ledakan gol Alonso mengesahkan kemenangan diminit akhir di Wembley
20/08/2017
Share
Tottenham Hotspur v Chelsea
Pertahanan Chelsea menjadi hero kepada sang juara menundukkan Spurs 2-1 



Marcos Alonso meledakkan dua  gol untuk memberikan kemenangan 2-1 buat juara Liga Perdana Inggeris itu ke atas Tottenham Hotspur di Wembley Stadium.
Tidak lama selepas Alvaro Morata mensia-siakan peluang dengan tandukan jarak dekat yang terkeluar dalam aksi penuh pertamanya bersama skuad Chelsea di Liga Perdana Inggeris, Alonso melakukan tendangan bebas yang cantik melencong ke arah pintu gawang Spurs hasil daripada sepakan percuma diminit ke-24 pada babak yang pertama.
Ketika permainan sebenar berbaki kurang 10 minit, pemain gantian Chelsea Michy Batshuayi tertampan bola ke gawang sendiri untuk menyamakan kedudukan buat Spurs pada minit ke-82. 
Bagaimanapun Alonso memastikan tiga mata pertama buat Chelsea apabila mendapat umpanan cantik daripada Pedro sebelum menewaskan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris buat kali kedua ketika permainan berbaki dua minit.
Chelsea membawa pulang tiga mata penuh selepas kecewa dihalaman sendiri 2-3 pada minggu lepas oleh skuad Burnley. Kini Chelsea menduduki tangga ke-12 liga manakala Spurs menduduki tangga yang ke-9.  

loading...

0 Response to " "

Post a Comment

loading...