facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...
PEMAIN Huddersfield Town, Aaron Mooy (dua dari kiri) meraikan gol jaringan tunggal perlawanan bersama rakan sepasukan ketika aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium John Smith, malam tadi. Huddersfield Town menang 1-0. - Foto AFP

Mooy ledak gol tunggal atasi Newcastle

HUDDERSFIELD (UNITED KINGDOM): Huddersfield Town yang kembali menyertai Liga Perdana Inggeris, merakam kemenangan kedua berturut-turut musim ini selepas menewaskan Newcastle United 1-0 sebentar tadi.
Jaringan tunggal permainan oleh Aaron Mooy menjelmakan kemenangan kedua selepas Huddersfield membuka tirai di kancah liga tertinggi Inggeris musim ini dengan menewaskan Crystal Palace 3-0 minggu lalu.
Huddersfield yang kembali bersaing di Liga Perdana selepas 45 tahun, mendahului di awal babak kedua menerusi sepakan lencong pemain Australia, Mooy pada minit ke-50.
PEMAIN Huddersfield Town, Aaron Mooy meledak gol pertama pasukan ketika menewaskan Newcastle United 1-0 di Stadium John Smith, malam tadi. - Foto REUTERS
Newcastle yang turut kembali ke Liga Perdana musim ini, berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-68 tetapi percubaan jarak dekat Ayoze Perez melepasi palang.
Newcastle kendalian Rafa Benitez kini masih belum mengutip sebarang mata selepas turut tewas di laman sendiri kepada Tottenham Hotspur pada perlawanan pembukaan.
- REUTERS
loading...

0 Response to " "

Post a Comment

loading...